FAQ Keanggotaan & Pembiayaan KOWAMAS
1. Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota koperasi?
- Warganegara Malaysia.
- Telah mencapai umur lapan belas tahun (18).
- Bukan seorang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar tidak upaya dari segi mental, bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
- Membayar fi masuk sebanyak RM 50.00 (ahli bersekutu).
2. Siapakah KOWAMAS?
- KOWAMAS (Koperasi Wawasan Malaysia Berhad) adalah sebuah koperasi berdaftar dibawah Akta Koperasi 1993.
3. Siapakah yang layak memohon pembiayaan KOWAMAS?
- Ahli dan bakal ahli KOWAMAS yang berkhidmat disektor kerajaan, badan berkanun dan GLC yang terpilih. Yang berusia diantara 18-56 atau 58 tahun, berjawatan tetap dan telah berkhidmat melebihi 6 bulan.
4. Adakah Syarikat Swasta layak memohon?
- Syarikat swasta tidak layak memohon.
5. Berapakah jumlah pembiayaan maksimum dan minimum?
- Pembiayaan maksimum adalah RM 200,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60%. Pembiayaan minimum ialah RM 3,000.00
6. Bagaimanakan cara permohonan boleh dibuat?
- Permohonan pembiayaan boleh dibuat secara on-line melalui e-borang di laman web kami ataupun melalui Pegawai Jualan kami diseluruh Cawangan-cawangan Kowamas.
7. Adakah pembiayan ini selaras dengan hukum syariah?
- Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan syariah.
8. Adakah pembiayan ini selaras dengan undang-undang kerajaan?
- Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan undang-undang kerajaan.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan?
- Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60% daripada gaji kasar, termasuk elaun-elaun tetap.
10. Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap?
- Semua jenis elaun/imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Contohnya: elaun khidmat awam, elaun perumahan, elaun wilayah, elaun keraian, elaun kritikal, elaun khas kementerian dan lain-lain.
11. Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan?
- Tidak. Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.
12. Bolehkah pembiayaan ini digunakan untuk menyelesaikan tanggungan lain?
- Boleh, Sila sertakan penyata baki tanggungan semasa pemohon semasa membuat permohonan. Bagaimanapun ia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru di mana ia tidak melebihi kadar 60% yang ditetapkan.
13. Adakah pembiayaan ini memerlukan penjamin?
- Tidak.
14. Berapa peratuskah jumlah bersih pinjaman yang akan diterima oleh pemohon?
- Pemohon akan mendapat 93% sehingga 95% daripada jumlah keseluruhan pinjaman setelah ditolak fi masuk, fi proses, insuran, dan setem duti dan lain-lain caj seperti yang ditetapkan dari masa kesemasa.
- Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Sila Hubungi Pegawai Jualan Kowamas.
15. Berapakah tempoh pemprosesan pembiayaan ini?
- Tempoh pemprosesan ialah selama 3 hari bekerja daripada borang permohonan yang lengkap diterima di Ibu Pejabat (Kelana Jaya). Setiap permohonan akan dimaklumkan samada diluluskan atau tidak dalam tempoh tersebut.
16. Bagaimanakah cara pengeluaran dibuat?
- Pengeluaran akan dibuat dengan mengkreditkan akaun peminjam seperti yang dimaklumkan oleh peminjam.
17. Adakah “blacklist” boleh memohon?
- Blacklist juga boleh memohon, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tambahan. Sila rujuk kepada pegawai jualan untuk maklumat lanjut.
18. Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan?
- Tempoh adalah dari 24 bulan (2 tahun) sehingga 120 bulan (10 tahun).
19. Bolehkah penyelesaian pembiayaan dibuat sebelum tempoh sebenar?
- Ya. Penyata baki pembiayaan untuk penyelesaian boleh diminta daripada koperasi pada bila-bila masa dalam tempoh pembiayaan tersebut.
20. Adakah penyelesaian pembiayaan melibatkan apa-apa kos tambahan?
- Tiada.
21. Berapakah kadar keuntunggan pembiayaan?
- Kadar keuntunggan adalah dari 4.99% setahun (untuk pembiayaan dari 1-2 tahun) dan 5.99% setahun (untuk pembiayaan dari 3-10 tahun).
- *Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Sila rujuk Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan.
22. Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini?
- Bayaran balik adalah melalui potongan gaji bulanan.
23. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan ini?
- Dokumen yang diperlukan adalah 3 salinan kad pengenalan, 3 salinan kad kuasa (PDRM sahaja), 1 bulan slip gaji asal terkini dan 3 salinan setiap bulan terkini (semua dokumen perlu pengesahan majikan) dan penyata penyelesaian awal (jika berkaitan)
