Loading

Latar Belakang

Latar Belakang Kowamas

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad

Membina Masa Depan Kewangan Ahli Secara Mampan

Latar Belakang

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas), dahulunya dikenali sebagai Koperasi Lepan Kabu Berhad, telah ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 1996. Pada peringkat awal, koperasi ini memberi tumpuan kepada aktiviti perniagaan runcit di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan.

Pada penghujung tahun 2007, sembilan (9) Ahli Lembaga baharu telah dilantik untuk memacu kepimpinan koperasi. Di bawah pentadbiran ini, Kowamas berjaya menetapkan hala tuju strategik yang lebih dinamik dalam usaha memperluaskan serta mempelbagaikan aktiviti perniagaan.

Kowamas komited dalam memperkukuh kedudukan ekonomi ahli serta menyokong aspirasi negara ke arah masyarakat yang makmur, progresif dan berdaya saing.

Seiring dengan perkembangan semasa, Kowamas telah menjalin kerjasama strategik bersama institusi kewangan terkemuka di Malaysia bagi menyediakan skim pembiayaan peribadi kepada ahli. Selain itu, koperasi turut meneroka peluang dalam pembangunan hartanah di lokasi strategik.

Pejabat Berdaftar Kowamas terletak di Kota Bharu, manakala Pejabat Urusan di Kelana Jaya. Sehingga kini, Kowamas mempunyai 16 cawangan jualan di seluruh Malaysia serta 6 cawangan Ar-Rahnu X’change.

Diversifikasi Perniagaan

Rangkaian Cawangan

5 pejabat cawangan jualan di seluruh negara

Ar-Rahnu X’change

6 cawangan perkhidmatan pajak gadai Islamik

Pembangunan Hartanah

Projek pembinaan perumahan skala kecil di Kota Bharu

Kowamas akan terus memperkukuh kedudukan sebagai koperasi progresif dengan meneroka peluang perniagaan baharu serta memastikan manfaat berterusan kepada semua ahli.