myKOWAMAS adalah aplikasi telefon pintar rasmi terkini yang dihasilkan oleh Koperasi Wawasan Malaysia Berhad bagi menghubungkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan KOWAMAS kepada seluruh anggota KOWAMAS sedia ada.

 

Individu yang masih belum menjadi anggota KOWAMAS juga di alu-alukan untuk melihat segala perkhidmatan yang disediakan khusus bagi anggota KOWAMAS serta digalakkan untuk memohon menjadi anggota KOWAMAS bagi melayakkan anda menerima segala keistimewaan anggota KOWAMAS.

 

Akses kepada aplikasi ini disemak melalui data anggota yang telah tersedia rekod dalam sistem KOWAMAS. Bahagian aplikasi yang khusus untuk anggota hanya boleh di akses oleh anggota berkenaan sahaja. Akses hanya diberikan jika anggota melepasi semakan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit di aplikasi ini, seperti yang telah didaftarkan di KOWAMAS semasa permohonan menjadi anggota sebelum ini.

 

CAPAI MAKLUMAT SYER DAN SIMPANAN ANDA

Sebagai anggota KOWAMAS, segala syer dan simpanan yuran yang dilaburkan atau di carum ke dalam akaun keanggotaan KOWAMAS anda telah di rekod dalam sistem komputer KOWAMAS. Syer dan simpanan yuran anda diberikan ganjaran berbentuk dividen setiap tahun berdasarkan prestasi perniagaan KOWAMAS yang baik. Melalui aplikasi ini, anda dapat mencapai maklumat berkenaan dividen serta rekod transaksi terkini syer dan simpanan yuran anda dengan lebih mudah dan telus.

 

CAPAI MAKLUMAT PEMBIAYAAN ANDA

Anggota KOWAMAS yang melanggan perkhidmatan pembiayaan kewangan KOWAMAS kini boleh menyemak baki pembiayaan berserta maklumat dan transaksi berkaitan pembiayaan anda melalui aplikasi ini dengan lebih mudah dan telus.

 

KEMASKINI PROFIL ANDA DENGAN LEBIH MUDAH

Kini anda boleh mengemaskini profil anda dengan lebih mudah melalui aplikasi ini tanpa perlu ke cawangan KOWAMAS (tertakluk kepada syarat dan peraturan). Mana-mana maklumat yang boleh dikemaskini seperti alamat terkini, nama dan alamat majikan kini boleh dikemaskini tanpa perlu mengisi borang.

 

DAPATKAN E-PENYATA DI HUJUNG JARI ANDA

Anda kini dapat melihat dan menyimpan penyata tahunan syer, simpanan yuran, dan pembiayaan anda dengan lebih mudah tanpa perlu ke cawangan KOWAMAS. Muat turun E-Penyata anda bila-bila masa yang anda mahu.

 

Lebih banyak kemudahan akan disediakan melalui aplikasi ini di masa akan datang. Aplikasi ini akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi tujuan penambahbaikan dan kemudahan anggota KOWAMAS, namun akan memastikan aspek keselamatan dan kerahsiaan data anggota diberi keutamaan berbanding kemudahan.