Keharmonian Pembangunan Satu Wawasan
Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua!!! Kowamas sebagai sebuah Koperasi Berdaftar Bumiputra kini bergiat aktif untuk terus menyumbang kearah kemakmuran ekonomi Negara dan ahli-ahli kami seluruh Negara.
Matlamat kami adalah untuk mencapai “Keharmonian Pembangunan Satu Wawasan” - Keseimbangan pembangunan secara harmoni dalam masyarakat Malaysia adalah satu wawasan. Bersama-sama kita menyumbang kearah matlamat murni tersebut.
Untuk mencapai hasrat tersebut, Kowamas akan terus bergerak maju ke hadapan untuk memajukan lagi kegiatan ekonomi koperasi didalam bidang Pembiayaan Peribadi
Bai Al-Inah khas untuk kakitangan dan pegawai Kerajaan.
Disamping itu juga, satu projek hartanah baru akan dilancarkan demi memenuhi permintaan golongan pendapatan sederhana dan rendah.
Kowamas telah memulakan servis dengan kerjasama MyEG Services Berhad. Servis ini merangkumi Memperbaharui Cukai Jalan "Road Tax Renew" dan Insuran kereta.
Kepada mereka yang berminat dan untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi cawangan-cawangan Kowamas seluruh negeri atau terus ke cawangan Kowamas yang terdekat dengan anda.
Sekalung tahniah ditujukan kepada Dato' Pengerusi Kowamas iaitu Dato' Mohamed Farid Bin Mohamed Zawawi, Anggota Lembaga Kowamas dan pengurusan Kanan Kowamas yang telah bekerja keras untuk pembukaan Kowamas co-op store yang pertama ini.
Kepada semua anggota Kowamas yang berminat bolehlah mengunjungi Kowamas co-op store.
Kempen Menjadi Anggota dibuka untuk pendaftaran. Sila berurusan dengan Pejabat Urusan Kowamas atau Pejabat Cawangan Kowamas yang terdekat dengan anda di seluruh Negeri. Senarai Pejabat Cawangan Kowamas.








