Koperasi Wawasan Malaysia Berhad

Skim Pelaburan Khas Anggota

Skim Pelaburan Khas Anggota ini ialah bertujuan melaksanakan aktiviti selaras dengan peruntukan di bawah Undang-undang Kecil 9(2)(a) iaitu membolehkan koperasi menerima pelaburan daripada anggota-anggota dalam menjalankan aktiviti perniagaan yang boleh memberi keuntungan kepada koperasi seperti:-

  1. Pembiayaan Peribadi secara Islam e-wawasan

  2. Sasaran pelaburan bagi membiayai aktiviti Pembiayaan Peribadi Secara Islam e-wawasan ialah sebanyak RM 100 juta. Pecahan pelaburan ialah 33.33%.

  3. Skim Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) oleh Koperasi yang dijalankan secara francais dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (“BKR”) ataupun secara persendirian oleh Koperasi.

  4. Sasaran pelaburan sebanyak RM 10 juta bagi setiap cawangan Ar-Rahnu dengan jumlah pelaburan dijangkakan sebanyak RM 60 juta untuk 6 cawangan baru Ar-Rahnu. Pecahan pelaburan ialah 20%.

  5. Projek Pembangunan Hartanah yang telah dirancang (di Panji, Kelantan) dan juga mana-mana projek hartanah dimasa hadapan.

  6. Lokasi projek pembangunan hartanah yang telah dikenalpasti oleh Koperasi ialah di daerah Panji, Kelantan dan juga ditengah Bandar Kota Bharu, Kelantan. Selain daripada projek tersebut, beberapa projek lain akan dimajukan dalam tempoh lima tahun. Sasaran jumlah pelaburan ialah sebanyak RM 40 juta dengan pecahan pelaburan 13.34%.

  7. Pembiayaan Barangan Pengguna dan lain-lain Pelaburan yang membawa keuntungan kepada Koperasi dan Anggota .

  8. Pelaburan-pelaburan lain akan dikenalpasti dari semasa ke semasa dan Koperasi juga merancang untuk menjalankan Pembiayaan Barangan Pengguna secara Islam kepada ahli-ahlinya diseluruh Malaysia dengan sasaran jumlah pelaburan sebanyak RM 100 juta. Pecahan pelaburan ialah 33.33%.