Keharmonian Pembangunan Satu Wawasan
Kami mengalu-alukan kedatangan anda semua!!! Kowamas sebagai sebuah Koperasi Berdaftar Bumiputra kini bergiat aktif untuk terus menyumbang kearah kemakmuran ekonomi Negara dan ahli-ahli kami seluruh Negara.
Matlamat kami adalah untuk mencapai “Keharmonian Pembangunan Satu Wawasan” - Keseimbangan pembangunan secara harmoni dalam masyarakat Malaysia adalah satu wawasan. Bersama-sama kita menyumbang kearah matlamat murni tersebut.
Untuk mencapai hasrat tersebut, Kowamas akan terus bergerak maju ke hadapan untuk memajukan lagi kegiatan ekonomi koperasi didalam bidang Pembiayaan Peribadi
Bai Al-Inah khas untuk kakitangan dan pegawai Kerajaan.
Disamping itu juga, satu projek hartanah baru akan dilancarkan demi memenuhi permintaan golongan pendapatan sederhana dan rendah.
Kowamas telah merangka strategi pemasaran baru untuk Pembiayaan Peribadi e-wawasan bagi tujuan meningkatkan lagi pengeluaran. Strategi baru ini melibatkan penumpuan yang lebih terhadap pemasaran melalui cawangan berbanding jualan langsung yang melibatkan kadar komisen yang tinggi. Selaras dengan peralihan strategi tersebut, cawangan-cawangan baru akan dibuka di seluruh Negara. Sehingga, penghujung 2010 Kowamas akan mempunyai 13 cawangan manakala bagi Tahun 2011 pula, 12 lagi cawangan baru akan dibuka.
Berteraskan strategi tersebut, Kowamas mensasarkan jumlah pengeluaran sebanyak RM 457 juta pada tahun 2010. Disamping peralihan strategi tersebut, Kowamas juga akan memberi penekanan terhadap promosi dan pengiklanan secara lebih menyeluruh dan agresif. Berdasarkan pengeluaran yang dirancangkan, Kowamas mensasarkan, Keuntungan Sebelum Cukai akan mencecah Rm 6.4 juta untuk tahun 2010.
Kowamas akan melancarkan Skim Pembiayaan Barangan Pengguna atau lebih ringkas dan dikenali dengan produk Kowamas e-barangan, melalui anak syarikat Kowamas Retail Sdn. Bhd. yang akan dikenali sebangai coop store Kowamas.
Pelancaran ini akan dilancarkan dalam masa yang terdekat, memandangkan permintaan yang amat tinggi dan amat memberangsangkan terhadap barangan (kekal/non-perishable goods). Barangan tersebut merangkumi barangan elektrik, elektronik, perabut, ubah suai rumah dan sebagainya.
Kempen Menjadi Anggota dibuka untuk pendaftaran. Sila berurusan dengan Pejabat Urusan Kowamas atau Pejabat Cawangan Kowamas yang terdekat dengan anda di seluruh Negeri. Senarai Pejabat Cawangan Kowamas.








