Soalan-soalan Lazim

1.Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota koperasi?

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mencapai umur lapan belas tahun (18).
  • Bukan seorang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar tidak upaya dari segi mental, bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
  • Membayar fi masuk sebanyak RM 50.00 (ahli bersekutu).
2.Siapakah KOWAMAS?
  • KOWAMAS (Koperasi Wawasan Malaysia Berhad) adalah sebuah koperasi berdaftar dibawah Akta Koperasi 1993.
3.Siapakah yang layak memohon pembiayaan KOWAMAS?
  • Ahli dan bakal ahli KOWAMAS yang berkhidmat disektor kerajaan, badan berkanun dan GLC yang terpilih. Yang berusia diantara 18-56 atau 58 tahun, berjawatan tetap dan telah berkhidmat melebihi 6 bulan.
4.Adakah Syarikat Swasta layak memohon?
  • Syarikat swasta tidak layak memohon.
5.Berapakah jumlah pembiayaan maksimum dan minimum?
  • Pembiayaan maksimum adalah RM 200,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus (60%). Pembiayaan minimum ialah RM 3,000.00
6.Bagaimanakan cara permohonan boleh dibuat?
  • Permohonanpembiayaan boleh dibuat secara on-line melalui e-borang di laman web kami ataupun melalui Pegawai Jualan kami diseluruh Cawangan-cawangan Kowamas.
7.Adakah pembiayan ini selaras dengan hukum syariah?
  • Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan syariah.
8.Adakah pembiayan ini selaras dengan undang-undang kerajaan?
  • Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan undang-undang kerajaan.
9.Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan?
  • Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 Peratus daripada gaji kasar, termasuk elaun-alaun tetap.
10.Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap?
  • Semua jenis elaun/imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh : elaun khidmat awam, elaun perumahan, elaun wilayah, elaun keraian, elaun kritikal, elaun khas kementerian dan lain-lain.
11.Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan?
  • Tidak. Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.
12.Bolehkah pembiayaan ini digunakan untuk menyelesaikan tanggungan lain?
  • Boleh, Sila sertakan penyata baki tanggungan semasa pemohon semasa membuat permohonan. Bagaimanapunia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru di mana ia tidak melebihi kadar 60 peratus yang ditetapkan.
13.Adakah pembiayaan ini memerlukan penjamin?
  • Tidak.
14.Berapa peratuskah jumlah bersih pinjaman yang akan diterima oleh pemohon?
  • Pemohon akan mendapat 93% sehingga 95% daripada jumlah keseluruhan pinjaman setelah ditolak fi masuk, fi proses, insuran, dan setem duti dan lain-lain caj seperti yang ditetapkan dari masa kesemasa.
  • Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Sila Hubungi Pegawai Jualan Kowamas.
15.Berapakah tempoh pemprosesan pembiayaan ini?
  • Tempoh pemprosesan ialah selama 3 hari bekerja. Setiap permohonan akan dimaklumkan samada diluluskan atau tidak dalam tempoh tersebut.
16.Bagaimanakah cara pengeluaran dibuat?
  • Pengeluaran akan dibuat dengan mengkreditkan akaun peminjam seperti yang dimaklumkan oleh peminjam.
17.Adakah “blacklist” boleh memohon?
  • Blacklist juga boleh memohon, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tambahan. Sila rujuk kepada pegawai jualan untuk maklumat lanjut.
18.Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan?
  • Tempoh adalah dari 24 bulan (2 tahun) sehingga 120 bulan (10 tahun).
19.Bolehkah penyelesaian pembiayaan dibuat sebelum tempoh sebenar?
  • Ya. Penyata baki pembiayaan untuk penyelesaian boleh diminta daripada koperasi pada bila-bila masa dalam tempoh pembiayaan tersebut.
20.Adakah penyelesaian pembiayaan melibatkan apa-apa kos tambahan?
  • Tiada.
21.Berapakah kadar keuntunggan pembiayaan?
  • Kadar keuntunggan adalah dari 4.99% setahun (untuk pembiayaan dari 1-2 tahun) dan 5.20% setahun (untuk pembiayaan dari 3-10 tahun).
  • *Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Sila rujuk Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan.
22.Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini?
  • Bayaran balik adalah melalui potongan gaji bulanan.
23.Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan ini?
  • Dokumen yang diperlukan adalah 3 salinan kad pengenalan, 3 salinan surat beranak (PDRM sahaja), 1 bulan slip gaji asal terkini dan 3 salinan setiap bulan terkini (semua dokumen perlu pengesahan majikan) dan penyata penyelesaian awal (jika berkaitan).
*MENGIKUT TERMA & SYARAT DAN PERUBAHAN DARI SEMASA KE SEMASA TANPA NOTIS AWAL. TQ

Berita Semasa

Ikuti kami dari masa ke semasa.

Kerjaya Bersama Kami

Jom bekerja dengan kami .

E-mail Kakitangan

Sila masukkan Username & Password.

18 Cawangan Kami

Cawangan kami berdekatan anda.

Hubungi Kami

Sila hubungi kami, jika ada masalah.