Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu X'Change KOWAMAS (E-Gadaian)

Pada bulan Mei 2010, Ar-Rahnu X'Change KOWAMAS yang pertama telah dibuka di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan. Sehingga kini, 5 buah cawangan Ar-Rahnu X'Change KOWAMAS yang dijalankan di bawah francais Bank Kerjasama Rakyat telah beroperasi sepenuhnya di Johor Bahru, Ipoh, Bandar Baru Bangi, Bandar Sri Permaisuri dan Kelana Jaya. Sasaran seterusnya pada suku tahun keempat 2014, KOWAMAS akan menambah sebuah cawangan baru Ar-Rahnu X'Change di Pulau Pinang.

Ar-Rahnu X'Change KOWAMAS adalah alternatif instrumen kewangan yang berlandaskan konsep Syariah sepenuhnya. Perlaksanaan urusniaga adalah berdasarkan kepada pematuhan konsep Al-Qardhul Hassan (pinjaman kebajikan tanpa faedah), Al-Wadiah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan keselamatan ke atas barang gadaian) dan Al-Ujrah (upah). Kesemua konsep inilah yang membezakannya dengan kedai pajak gadai konvensional yang lain. Ciri-ciri perlaksanaan urusniaga patuh Syariah kini semakin diterima dan digemari oleh masyarakat termasuk pelanggan dari golongan bukan Islam.

Di antara faktor utama yang menjadi teras keistimewaan pada Ar-Rahnu X'Change KOWAMAS adalah konsepnya yang bebas riba', tiada yuran proses dan jaminan keselamatan oleh perlindungan Takaful. Kakitangan yang terlatih dan profesional dapat memberi lebih keyakinan kepada para pelanggan sewaktu urusan penilaian barang gadaian dilakukan. Peralatan densimeter digunakan untuk menilai ketepatan nilai emas. Urusniaga yang sistematik ini menambahkan elemen nilai yang dinikmati oleh pelanggan sewaktu berurusan di Ar-Rahnu X'Change KOWAMAS.

Selain itu juga, jumlah pemberian pinjaman yang tinggi turut menyumbang dalam peningkatan permintaan untuk kemudahan tunai segera. Kelayakan pinjaman yang tinggi ini telah meluaskan segmen sasaran pasaran kepada golongan peniaga yang dapat menjadikannya sebagai modal perniagaan. Bagi produk Ar-Rahnu, pelanggan layak menikmati pinjaman maksimum sebanyak RM50,000.00 manakala produk Az-Zahab pula jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM100,000.00. Tempoh pinjaman dan bayaran balik lebih fleksibel. Pelanggan diberikan tempoh maksimum selama 6 bulan dan dibenarkan untuk lanjut tempoh setiap 6 bulan tanpa had. Pelanggan diberi pilihan kaedah bayaran balik pinjaman iaitu secara ansuran ataupun sekali gus. Ar-Rahnu X'Change KOWAMAS merupakan asas kepada sistem kewangan Islam yang adil.

Berita Semasa

Ikuti kami dari masa ke semasa.

Kerjaya Bersama Kami

Jom bekerja dengan kami .

E-mail Kakitangan

Sila masukkan Username & Password.

18 Cawangan Kami

Cawangan kami berdekatan anda.

Hubungi Kami

Sila hubungi kami, jika ada masalah.