Koperasi Wawasan Malaysia Berhad

Skim Pembiayaan Barangan Pengguna

01 Jun 2010

 

Koperasi juga merancang untuk menjalankan Pembiayaan Barangan Pengguna secara Islam kepada ahli-ahlinya diseluruh Malaysia dengan sasaran jumlah pelaburan sebanyak RM 100 juta.

Skim Pembiayaan Barangan Pengguna ini meliputi semua jenis barangan pengguna (kekal/non-perishable goods) yang berkualiti dan bermutu untuk dijual kepada anggota-anggota mengikut harga pasaran tempatan.

Skim Pembiayaan Barangan Pengguna ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan pada 31 Mei 2010.

Skim Pembiayaan Barangan Pengguna ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Kepada ahli-ahli Kowamas yang berminat boleh membuat urusan dengan coop store Kowamas, Pejabat Urusan Kowamas dan Pejabat Cawangan Kowamas di seluruh Negara.