• KOWAMAS
  • KOWAMAS
  • KOWAMAS
  • Pajak Gadai Islam e-gadaian
  • KOWAMAS HOLIDAYS
  • KOWAMAS HOLIDAYS
DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2015

Bagi Tahun Kewangan 2015, Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang telah diadakan pada 6 Mei 2016 meluluskan pembahagian Dividen Bagi Tahun Kewangan 2015 adalah sebanyak 15%.

Sehubungan dengan itu, satu surat permohonan dari Kowamas akan di ajukan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk tujuan kelulusan Dividen tersebut.

Dividen yang akan dibayar atas modal SAHAM adalah sebanyak RM 2,693,948.00 mengikut pecahan seperti berikut:-

  1. 8% - Dalam bentuk SAHAM yang berjumlah RM 1,436,772.00
  2. 7% - Dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 1,257,176.00

Manakala Dividen ke atas MODAL YURAN ANGGOTA akan dibayar sebanyak 5% dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 461,446.00

Sila hubungi 03-78049349 (Puan Aeysha) untuk maklumat lanjut.

Pihak Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan Kowamas mengucapkan terima kasih diatas sokongan anggota-anggota semua.

DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2014

DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2014 adalah diluluskan sebanyak 15% sahaja. Sehubungan dengan itu, Surat kelulusan pembiayaan Dividen Bagi Tahun Kewangan 2014 yang bertarikh 20 Oktober 2015 dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diterima oleh Kowamas.

DIVIDEN yang akan dibayar atas modal SAHAM adalah sebanyak RM 2,023,357.61 mengikut pecahan seperti berikut:-

  1. 8% - Dalam bentuk SAHAM yang berjumlah RM 1,700,209.60
  2. 7% - Dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 1,487,683.40

Manakala DIVIDEN ke atas MODAL YURAN ANGGOTA akan dibayar sebanyak 5% dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 402,051.00.

Sehubungan dengan itu, proses pembayaran DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2014 ini akan dilakukakan dengan cara "PINDAHAN" ke dalam akaun anggota-anggota yang layak.

Oleh itu, diingatkan kepada semua anggota-anggota yang layak, sila mengemaskinikan akaun keanggotaan anda dibahagian KEANGGOTAAN Kowamas di pejabat Urusan Kelana Jaya (HQ) dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini akan timbul di kemudian hari.

Sila hubungi 03-78049349 (Puan Aeysha) untuk mengemaskini akaun keanggotaan.

Pihak Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan Kowamas mengucapkan terima kasih diatas sokongan anggota-anggota semua.

DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2013

DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2013 adalah diluluskan sebanyak 15% sahaja. Sehubungan dengan itu, Surat kelulusan pembiayaan Dividen Bagi Tahun Kewangan 2013 yang bertarikh 08 Julai 2014 dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diterima oleh Kowamas.

DIVIDEN yang akan dibayar atas modal SAHAM adalah sebanyak RM 2,023,357.61 mengikut pecahan seperti berikut:-

  1. 8% - Dalam bentuk SAHAM yang berjumlah RM 1,079,124.04
  2. 7% - Dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 944,233.57

Manakala DIVIDEN ke atas yuran modal anggota akan dibayar sebanyak 5% dalam bentuk TUNAI yang berjumlah RM 204,881.24.

Sehubungan dengan itu, proses pembayaran DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2013 ini akan dilakukakan dengan cara "PINDAHAN" ke dalam akaun anggota-anggota yang layak.

Oleh itu, diingatkan kepada semua anggota-anggota yang layak, sila mengemaskinikan akaun keanggotaan anda dibahagian KEANGGOTAAN Kowamas di pejabat Urusan Kelana Jaya (HQ) dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini akan timbul di kemudian hari.

Pihak Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan Kowamas mengucapkan terima kasih diatas sokongan anggota-anggota semua.

DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2012

Dimaklumkan bahawa permohonan pembayaran DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2012 sebanyak 30% atas MODAL SAHAM bersamaan RM 2.19 juta dan sebanyak 10% atas MODAL YURAN bersamaan RM 313 ribu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui surat bertarikh 22 Julai 2013.

Sehubungan dengan itu, proses pembayaran DIVIDEN bagi Tahun Kewangan 2012 ini akan dilakukakan dengan cara pindahan ke dalam akaun anggota-anggota yang layak.

Oleh itu, diingatkan kepada semua anggota-anggota yang layak, sila mengemaskinikan akaun keanggotaan anda dibahagian KEANGGOTAAN Kowamas di pejabat Urusan Kelana Jaya (HQ) dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini akan timbul di kemudian hari.

Pihak Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan Kowamas mengucapkan terima kasih diatas sokongan anggota-anggota semua.

DIVIDEN BAGI TAHUN KEWANGAN 2011

Melalui Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2012 (MAPT) yang telah diadakan Pada 23 April 2012, Kowamas telah mengistiharkan Dividen sebanyak 30% bagi Tahun Kewangan 2011 seperti tahun-tahun yang lepas.

Sehubungan dengan itu, Kowamas telah mengajukan surat permohonan untuk kelulusan dividen tersebut kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk kelulusan dividen sebanyak 30% sepertimana yang telah diistiharkan melalui Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2012 (MAPT) yang telah diadakan Pada 23 April 2012.

Melalui surat Kelulusan SKM yang bertarikh 7 Ogos 2012 menyatakan kelulusan pemberian dividen hanya diluluskan sebanyak 20% sahaja untuk Tahun Kewangan 2011. Kelulusan ini tidak menepati apa yang Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2012 (MAPT) istiharkan iaitu dividen 30% untuk anggota Kowamas.

Walaubagaimanapun, Kowamas tetap mengucapkan ribuan terima kasih kepada SKM dengan kelulusan tersebut dan juga kepada kesemua anggota Kowamas.

Berita Semasa

Ikuti kami dari masa ke semasa.

Kerjaya Bersama Kami

Jom bekerja dengan kami .

E-mail Kakitangan

Sila masukkan Username & Password.

18 Cawangan Kami

Cawangan kami berdekatan anda.

Hubungi Kami

Sila hubungi kami, jika ada masalah.